PETANG itu Lisa cepat-cepat
bersiap untuk ke rumah Auntie Zarina yang merupakan kawan baik mummynya sejak
zaman persekolahan lagi. Nasib baik rumah Auntie Zarina hanya di belakang taman
perumahan mereka. Tidak perlulah dia mengambil masa yang lama untuk sampai. Dia
hanya menyapu nipis bedak dan mencalit sedikit gincu. Dicapai Tudung yang
senada warna dengan baju kurung yang dipakainya. Biru muda. Nampak tenang dan
sejuk mata memandang.
Ditatap wajahnya seketika di cermin. Matanya yang bulat
dan bulu matanya yang lentik sering menjadi usikan teman-teman. Macam pelakon
Hindustan. Lesung pipitnya yang ada hanya sebelah kiri,menambahkan kemanisan
wajah Lisa. Dia memang tidak suka berhias, cukuolah ala kadar dan bersesuaian dengan
majlis. Bersolek lebih-lebih nanti kalah pulak opera Cina. Lisa tersenyum
sendiri.
Jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam ketika dia
memarkirkan keretanya di hadapan rumah Auntie Zarina. Banyak juga kereta yang
berada di halaman rumah itu. Sudah lama juga dia tidak berkunjung ke rumah
Auntie Zarina. Kesibukan kerja membatasi ruang hidup sosialnya. Mujurlah abah
dan mummy memahami sikapnya yang mementingkan kerjaya.
“Asslamualaikum.”
Terkejut Lisa dibuatnya. Sepatutnya orang yang berkunjung
harus member salam, tetapi ini tidak. Orang di rumah pulak terlebih dahulu
menghulurkan salam.
“Waalaikumussalam.”
“Jemputlah masuk.” Pemuda berbaju teluk belanga itu
memandangnya sambil tersenyum
“Terima kasih,” balas Lisa segan.
Selama ini, dia tidak pernah melihat wajah lelaki
tersebut. Wajahnya bukanlah terlalu tampan, tetapi tenang. Menarik. Nampak
begitu sopan dan matang. Mungkin dalam lingkungan usia 30-an. Sempat juga dia
melihat seraut wajah lelaki tersebut walaupun sekilas sahaja.
Lisa terus menuju ke dapur.
“Hai, dah sampai pun anak dara kau, Zakiah.” Jelas suara
Auntie Zarina kedengaran.
Lisa terus bersalam dengan tetamu yang sampai terdahulu
daripadanya. Tanda hormat sesama manusia.
“Apa khabar, Auntie? Tahniah. Lisa doakan Auntie hidup
bahagia,” ucap Lisa sambil mencium pipi Auntie Zarina yang sudah dianggap
seperti ibunya sendiri.
“Alhamdulillah. Duduklah dahulu. Majlis dah nak bermula.”
Lisa terus mengambil tempat di sebelah mummynya. Bacaan
imam masjid mula kedengaran. Doa kesyukuran dibaca. Suara mengaminkan doa
sungguh indah didengar. Bacaan Al-Quran selalu memberikan ketenangan kepada
pembacanya. Tidak mungkin ada nada ciptaan manusia yang seindah alunan bacaan
Al-Quran. Begitu unik dan menusuk kalbu.
Setelah doa dibaca, tetamu pun beralih ke tempat hidangan
buffet yang telh disediakan.harum bau masakan menusuk hidung apabila
penutup bekas dibuka. Auntie Zarina menyediakan ikan kering masak lemak cili
api bersama nenas, sambal tumis udang dan petai, kari daging, ikan patin masak
tempoyak , kerabu mangga dan pelbagai jenis ulaman.
Menu yang jarang disediakan jika membuat jamuan
kesyukuran, tetapi berdasarkan seronoknya tetamu menjamu selera, suadah tentu
menu ini lebih memuaskan daripada steak dan lamb chop. Menu sudah
dibincangkan antara mummy dengan Auntie Zarina seminggu Sebelum majlis.
Biasanya makanan orang kampung menyelerakan orang bandar. Sedapnya, memang
tidak dapat dinafikan. Disediakan juga kuih-muih sebagai pencuci mulut bersama
buah-buahan.
Sambil mengisi perut, mata Lisa sempat merayap.
Mencari-cari kelibat lelaki yang menegurnya tadi. Kelihatan lelaki itu juga
sedang menjamu selera. Duduk berhampiran Uncle Khairul, suami Auntie Zarina.
Abah pun kelihatan mesra berbual dengan lelaki itu.
‘Siapa pulak dia ni?’ soal Lisa dalam hati. Nak kata anak
Auntie Zarina dan Uncle Khairul, tidak mungkin. Anak mereka hanya ada seorang
sahaja. Maisara yang kini sedang sibuk terbang di awan biru bertugas sebagai
pramugari. Maisara memang jarang ada di rumah. Kerap kali ke luar negara, untuk
memenuhi tuntutan tugas.
Kerana itu jugalah Auntie Zarina selalu makan hati dengan
sikap anaknya yang sukar dibentuk. Auntie Zarina selalu kata, mungkin juga ini
adalah salah mereka yang terlalu manjakan anak. Hinggakan sudah tidak boleh
dikawal. Umpama buluh, jika dilentur, patahlah jawabnya.
Auntie Zarina selalu menyatakan betapa beruntungnya mummy
kerana Lisa adalah anak yang mendengar kata. Sedikit keras kepala, tetapi amat
menghormati orang tua dan tidak membelakangkan keluarga ketika membuat keputusan.
Selalu membuat ibu bapanya tersenyum bangga dengan kejayaan yang dicapai. Baik
dari segi pelajaran ataupun kerjaya.
Sambil memasang telinga mendengar perbualan antara mummy
dengan Auntie Zarina, mata Lisa tetap menyorot pada abah, Uncle Khairul dan lelaki
muda itu. Rasa pelik tumbuh dalam hati Lisa. Tetamu semuanya sudah pulang,
tetapi pemuda itu masih lagi duduk berbual. ‘Mesti saudara terdekat’ bisik hati
Lisa. Jika tidak, tidak mungkin dia masih di situ manakala tetamu jemputan lain
sudah pulang.
“Lisa! Lisa!” Mummy memanggilnya.
“Hisy, mummy
ni! Kenapa menjerit-jerit ni? Nasib baik Lisa tak sakit jantung, kalau tidak…”
balas Lisa sambil tersenyum sipu. Takut perbuatannya memerhati lelaki muda itu tadi
dapat dikesan oleh mummynya.
“Mummy Tanya,
Lisa nak tidur sini ke?” Tanya mummy sambil tersenyum.
“Jarak rumah
tak sampai sejengkal, mummy. Mengacau auntie dan uncle nak berbulan madu aje,”
jawab Lisa dengan nada mengusik. Keningnya sengaja diangkat.
“Amboi, Lisa.
Mengenakan auntie pulak dia. Kamu tu, bilalah lagi nak naik pelamin.” Auntie
Zarina membalas usikan Lisa. Bahu anak gadis itu dipeluknya mesra.
“Saya akan
naik pelamin, auntie. Insya-ALLAH. Sebelum musin luruh, selepas musim bunga
nanti auntie,” jawab Lisa sambil ketawa.
“Tapi ni
Malaysia ni ada dua musim aje.” Tiba-tiba lelaki misteri yang berad di beranda
sudah berdiri di sampingnya. Turut sama memberikan pendapat.
“Musim apa
pulak tu Aiman?” Tanya Uncle Khairul dengan penuh minat. Semakin ramai pula
yang turut berkumpul. Lisa menahan rasa malu yang makin memerah di pipi.
“Musim panas
dengan musim hujan aje, uncle.” Jawab Aiman dengan bersahaja. Deraian ketawa
pun kedengaran, memenuhi ruang tamu.
Lisa hanya
terdiam sahaja sambil mengutuk dirinya sendiri yang tersasul bercerita tentang
soal perkahwinan. Pandangannya segera dialaihkan kepada pembantu rumah Auntie
Zarina yang kelihatan sibuk mengarahkan beberapa orang anak muda yang diupah
untuk membersihkan pinggan mangkuk yang digunakan.
“Hmm… kalau
macam tu Auntie tak setuju,” bidas Auntie Zarina. “Malaysia ada banyak
musimlah, Aiman. Ada musim durian, musim cuti sekolah, musim carnival
membeli-belah.” Sekali lagi gelak tawa menghiasi rumah bangle yang berada di
puncak bukit itu.
“Alahai…
melayan kamu semua, alamatnya tak baliklah kita.” Abah pula bersuara. Di tanagn
abah, kunci kereta sudah dipegang. Tanda abah sudah sedia mahu pulang.
“Jom, kita
beransur dulu.” Mummy pula mengajak mereka pulang.
Lisa hanya
tersenyum sedangkan hatinya meronta-ronta mahu diperkenalkan dengan lelaki yang
dipanggil Aiman itu. Hairan juga, mengapa mereka tidak memperkenalkan mereka
berdua? Kemesraan Aiman dengan mummy dan abah juga menghairankan. Pelik. Selama
27 tahun dia hidup di dunia ini, nama Aiman tidak pernah diperbualkan.
Tiba-tiba saja hari ini Aiman muncul.
‘Jodoh? Gila
aku ni agaknya.’ Bisik hati Lisa ketika memandu pulang. ‘Jatuh cinta pandang
pertama? Ah, mana wujud lagi dalam Dunia materialistic ni.’ Tiba-tiba Lisa
ketawa sendirian. ‘Aiman sekilas pun tak pandang aku. Aku pulak yang pening
kepala memikirkan siapa dia.’ Lisa ketawa sendiri memikirkan kebodohan dirinya.
No comments:
Post a Comment