Saturday, 22 October 2011

Diary Seorang Isteri



Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .

Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.

Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .

"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.

Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.

Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.

Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.

"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...

"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....

tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.

Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.

"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

DERITA SEORANG ANAK LUAR NIKAH


Tatkala awan kelabu mula mundur untuk pulang ke kamar peraduan,sepasang pipit comel masih menari mengikut lagu hatinya. Kelihatan bayu malam seakan tidak sabar-sabar untuk keluar berjalan. Fahri masih leka dibelai angin petang yang berpuput lembut menghempas pipinya. Sepasang matanya masih tak berkelip memandang ke arah langit. Ya,hidup ini umpama langit, bisik hatinya. 

Langit tak selalunya cerah. Dan dia akur andai hidup ini tak akan selalunya indah. Sejenak, mindanya menayangkan kembali video rakaman hidupnya lima tahun lepas. “Fahri ,asal nama ayah kau Abdullah? Bukan ke orang panggil ayah kau Pak Leman,” tanya Badrul.”Ye lah fahri. Asal ek? Entah-entah kau bukan anak Pak Leman,” ujar Rizal dalam nada menyindir diiringi gelak tawa teman-temannya. Saat itu,Fahri cuba memekakkan telinga. Dia tepu,jemu dengan sindiran teman-temannya terutama Rizal. Persoalan mereka sebentar tadi dibiarkan tergantung tanpa jawapan. Lantas, Fahri meneruskan latihan matematik yang diberikan oleh cikgu Latifah. Di satu sudut di hujung kamarnya, 


Fahri diam membatu. Dirinya seakan mengiyakan persoalan Rizal. Walaupun dia masih belum sepenuhnya mengerti akan semua itu,tapi naluri ingin tahu yang menjalar dalam hatinya mendesak dia untuk bertanya pada ayahnya segera. Lantas,dia menuju ke arah Pak Leman yang asyik membelek akhbar. “Ayah, tadi ada kawan fahri tanya kenapa dalam buku Fahri nama Fahri bin Abdullah bukan Sulaiman? Bukan ke nama sebenar ayah Sulaiman?”Seketika Mak Leha berhenti melipat kain. Berdebar menanti reaksi dan tindakan suaminya. ”Hmm,Fahri, kawan-kawan Fahri mungkin tak tahu kalau ayah Fahri ada dua nama.” 

Tersenyum Mak Leha.Lega.Boleh ke seorang tu ada dua nama? Fahri masih belum berpuas hati.Hmm,boleh. Mari duduk atas riba ayah sayang,bacakan surat khabar ni untuk ayah,Fahri kan dah pandai membaca,mata ayah pedih la, pujuk Pak Leman untuk mengalihkan perhatian Fahri. Pak Leman mengeluh kecil. Bimbang rahsia akan terbongkar,tapi sampai bila? fahri berhak untuk mengetahuinya. Mungkin belum tiba masanya,fikir Pak Leman.Dalam menongkah arus kehidupan di dunia yang serba mencabar,acap benar ujian bertandang tanpa diundang. Untuk itu,kita perlu sentiasa bersedia,iman kalau sekadar setebal kulit bawang,mana mungkin dapat digapai walau segenggam tabah. Fahri akur,dia perlu tahu ynag dirinya perlu menjadi seperti pohon,tetap menghasilkan buah walau dibaling dengan batu. Dan dia cuba menghadiahkan segaris senyuman pada teman-teman yang masih menghinanya,namun dia tidak setegar itu. Mereka perlu tahu, disebalik senyum palsu itu,hati Fahri terluka.Dia tidak mahu membebankan hati kedua orang tuanya. Kerana Fahri sedar,bukan setitis pengorbanan dan kasih sayang Pak Leman dan Mak Leha kepadanya. Fahri umpama sebutir mutiara yng bersinar dalam keluarganya. Fahrilah harapan mereka, Fahrilah jantung hati mereka kerana fahri satu-satunya anak mereka. Daun-daun kering yang berguguran walaupan sehelai, semuanya berlaku dengan izin Allah.Suasana nyaman itu agak tenang dan mendamaikan. Namun Fahri merasakan hatinya membahang. Memikirkan persoalan yang entahkah wujud atupun tidak jawapannya. Remaja asyik berbicara tentang cinta. Bagi mereka cinta satu kemestian. Melihat teman-teman umpama belangkas kehulur ke hilir demi sesaat kepuasan? Adakah menunggu natijah dan bala baru merasakan keinsafan? Umur baru setahun jagung, hingus masih dilap ibu, sudah pandai bermain api cinta.Apa salah ke,kolot ke mereka yang tidak bercinta?Hidup dalam kelompok masyarakat yang akhlak, Fahri harus bijak menilai sesuatu. Manusia memang susah menerima nasihat. Pantang ditegur,mulalah mencerakinkan satu–satu persatu kelemahan orang itu demi menunjukkan bukan dia sahaja yang melakukan kesalahan. Memang benar andai setiap manusia tidak pernah terlepas daripada menelan duri kesilapan dalam kamus hidup. Kalaulah manusia memiliki prinsip seperti padi, makin berisi makin tunduk, pasti semua masalah dapat diuraikan kekusutannya.“Eh!Fahri, kau tak payah la susah-suasah nak nasihat aku.Aku tahulah jaga diri aku. Apa kau bimbang aku jadi macam mak kau?”Ujar Lina dalam nada menyindir.”Mak aku? Kenapa dengan mak aku?”Soal Fahri kebingungan.”Eleh buat-buat tak tahu! Dasar anak luar nikah!”Pang!Satu tamparan hebat hadiah daripada fahri atas ucapan Lina.”Soal maruah diri aku, kau jangan nak main-main! Apa,kau ingat kau..."Fahri tak dapat menahan kata-katanya. Dia sebak lantas mengambil beg dan terus pulang.Fahri masih dibayangi dengan peristiwa tiga hari lepas. Hatinya tidak tenang. Jiwanya resah. Selesai subjek Sejarah, Fahri pulang agak lewat sedikit kerana dia perlu membersihkan kelas. Bimbang dia terlewat kerana jarak rumahnya dengan sekolah bukanlah dekat. Ketika asyik mengemas meja guru,dia terasa bahunya dipegang oleh tangan seseorang. Lantas sepantas kilat dia memalingkan badannya. Tangan itu menjalar ke pipinya. Fahri cuba untuk menjerit,namun terhalang seakan kerongkongnya tersumbat.”Ala,rilek Fahri.Ini ringan-ringan je.” ”Binatang kau!” Fahri meludah tepat ke arah muka lelaki tersebut lantas bergegas mengambil beg untuk pulang. Kerja membersih kelas dibiarkan separuh jalan. Sambil mengesat mukanya dengan tisu yang tersedia diatas meja guru, dia menjerit:”Eh anak luar nikah! Sedar diri sikit! Kau tu bukannya suci sangat!”Dia masih lagi trauma dengan kalimah anak luar nikah! Seakan terngiang-ngiang kalimah itu dicuping telinganya.Baru tadi dia memastikan nama ibu pada sijil kelahirannya berbeza dengan nama yang tertera pada kad pengenalan Mak Leha. Tahulah dia bila dipastikan ayahnya yang bernama Abdullah, segalanya terjawab. Benarlah anggapan dan omelan teman-temannya. Kebetulan Pak Leman baru memasuki rumah seselesai berjemaah di surau. Lantas Fahri menuju ke arah Pak Leman dan memeluk ayahnya seeratnya. Mak Leha bergegas ke ruang tamu tatkala mendengar tangisan anak emas mereka.Fahri menatap mata ayahnya. ”Ayah,jujurlah dengan Fahri.Siapa Fahri sebenarnya ayah?Katakanlah ayah,Fahri bukan anak luar nikah! Fahri bukan anak pungut ayah.”Pak Leman beristighfar. Mengucap. Tergamam. Mak Leha duduk di atas kerusi .Sebak.Terlalu sedih. Hatinya masih belum bersedia untuk kehilangan Fahri. Fahri seakan orang yang terkena histeria. Masih terkejut dengan rahsia yang baru terbongkar.”Jadi,Rizal tu……,dan lebih tepat penghulu kampung itu adalah...."Pak Leman menggangguk walaupaun ayat itu tidak penuh kerana dia seakan dapat membaca fikiran anaknya itu. Fahri masih sedih. Dia masih belum dapat melelapkan mata walau jam telah menunjukkan tepat jam tiga pagi. Persoalannya telah terjawab. Namun dia hilang kepercayaan kepada penghulu. Dimana sikap kepimpinan seorang ketua andai dia membuang cucunya sendiri. Inilah masyarakat yang mengheret sama anak yang tak berdosa ke lembah kemaksiatan bersama ibu bapa mereka. Meskipun mereka semua tahu,andai diberi pilihan,lebih baik tiada daripada ada. Lahir daripada rahim ibu yang memperjudikan hidup dengan setitis nafsu bersama kaum Adam di lembah hina. Namun Fahri nekad,walau apapun terjadi,dia tak akan meninggalkan Pak Leman dan Mak Leha meskipun Fahri tahu siapa keluarganya yang sebenarnya.Dua minggu berlalu,ketika kelas matematik riuh rendah apabila seorang anggota polis datang mengetuk pintu. Selepas berbicara dengan cikgu Latifah,kelihatan penghulu yang datang dari arah pejabat terus menerkam ke arah Rizal kerana tuduhan memperkosa Lina,teman sekelasnya.Fahri menatap sayu mata insan yang sepatutnya tapi tak selayaknya dipanggil datuk. Dia sedar,semakin tinggi kemajuan,makin lupus ketamadunan .Kuasa dan pangkat menjadi manusia lupa diri. Lantas demi menjaga nama baik keturunannya,Fahri “dijual” pada pasangan yang berhati mulia untuk menerimanya. Meskipun seakan tidak percaya, Rizal adalah adik kandung pada insan yang telah meminjamkan rahimnya untuk melahirka aku ke dunia. Tidak hairanlah ada yang bertanya,adakah mereka kembar? Rupanya ada rahsia yang tersirat disebalik iras wajah yang tersurat. Dan mereka yang telah menjadikanya telah dihukum buang daerah hampir 15 tahun lepas dan tak dibenarkan pulang ke kampung ini.Hari ini…Ya,Rizal kita tetap saudara. Apa yang terjadi kepada Lina dan Rizal benar-benar memberi keinsafan kepada Fahri dan teman-temannya. Pasti ada hikmah disebalik ujian. Jangan tika ditelus duga kita goyah, tika diberi nikmat kita alpa. Dan Fahri perlu untuk menghadapi kenyataan siapa dirinya sebenarnya. Pada insan yang tak layak ku gelar bapa,meninggalkan aku tanpa bicara,moga hidayah Allah membimbingmu sebelum maut menjemput. Pada ibu yang tak kutahu dimana berada,meskipun payah menerima siapa aku,yang dilahirkan tanpa diundang,terima kasih. Andai kalian tahu,betapa deritanya aku yang dilahirkan dari setitik nafsumu yang diladungi dosa kemaksiatan, pasti kalian masih tidak mampu untuk menjernihkan kembali kolam hati yang berlumpur kesedihan.Dan andai diberi kesempatan,dia ingin bersalam dan menzahirkan segalur penghargaan pada seorang insan yang sudi menerima kehadirannya selama 9 bulan di dalam laman rahim seorang wanita.Biarlah yang lepas itu adalah sejarah. Esok adalah masa depan…………

♥ ♥ KISAH KASIH, CINTA DAN KECEWA ♥ ♥







KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat 
KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, kecewa pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.-B

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?

.


.

♥ ♥ ERTI SEBUAH CINTA SEJATI ♥ ♥



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog merekaIsteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun beg
itu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukt! i! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya ??

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :


“Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.

Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. tapi, aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab yg zahir. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati…cukuplah sayang sebagai isteri abang dan kita sebagai hamba Allah sebagai sebabnya…”


hmmm..jika begitu kisahnye untuk manusia,bagaimana dengan perasaan ‘cinta’ kita kepada yg Maha Esa? apekah kita cintakan Allah hanya kerana Dia telah memberikan kita tangan? atau sekadar die telah berikan kita anggota tubuh yg sempurna? tidak dinafikan,kita perlu mengangkat kesyukuran kepada Allah atas kurniaanNya itu, tapi bukanlah itu sebab utamanya…maka bagaimana sekiranya semua nikmat itu ditarek oleh Allah? adakah terhenti perasaan cinta kita kepada Allah pada saat itu? atau bagaimana dengan mereka2 yg tidak dikurniakan semua itu? cinta yg sejati lahir dari hati…bukanlah dari akal yg sentiasa lari….

3 GOLONGAN MANUSIA


‎3 GOLONGAN MANUSIA !

Hidup di dunia ini ibarat orang berlayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di laut, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga kelihatan,

Pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi kepada tiga golongan.



Yang pertama, mereka tahu dan sedar bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat-lihat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau inilah yang menjadi tujuan.


Golongan kedua, mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, tempat untuk penumpang telah pun penuh.

Adapun golongan ketiga inilah golongan yang malang. Mereka sibuk mengumpul harta yang banyak terdapat di pulau itu dan apabila dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, tidak juga dipedulikan, dan berbunyi untuk kali yang ketiga, kapal pun berangkat pergi. Setelah jauh mereka memanggil kapal itu tetapi kapal itu tidak kembali lagi . Mereka inilah orang yang benar-benar malang.

Tidak hairanlah mengapa kita disunatkan keluar dari Masjid mahupun rumah dengan langkah kiri kerana itulah perumpamaan antara kehidupan manusia, dunia dan akhirat. Dunia bagi orang-orang beriman ibarat tandas. Hanya sekadar keperluan. Tiada orang yang akan tidur di tandas, masak di tandas dan makan di tandas.

Kebanyakan manusia lupa akan tujuan, lupa bahawa mereka dalam perjalanan dan hidup di dunia tidak akan lama, mereka lupa bahawa kematian semakin hari semakin dekat.

~Renungan~


KISAH CINTA 2 INSAN (realiti tak wujud kot)



bf : syg... npe syg ni seksi sgt... tudung pon xpkai... bju pon muat2 bdn jer...

gf : ala abg.. xkan abg xske syg seksi kot... sume ni utk abg la...kan cantik ni..

bf : tp xkan klau lpas kwen pon syg nk pkai camni gak... abg mngaku, dlu mmg abg ske syg sbb syg pndai brgaya, seksi.. sume kwn2 cmburu sbb abg dpt syg... tp skrg abg xmola syg xttup aurat... abg nk istri yg mnjaga maruahnya

gf : ala abg, xpela nnt lpas kwen syg jnji syg pkai tudung mcm yg abg nak... syg akn ttup aurat ek...

bf : abg xmola syg ttup aurat sbb abg bkn sbb niat syg sndiri... klau mcm tu, xde gne la syg ttup aurat nnt.... syg mst ikhlas ttup aurat krn Allah bkn kerana abg... abg minta maaf syg, tp abg rse kt kne ptus... abg dah wat kptusan...

gf : smpai ati abg wat camni kat syg... syg sggup wat pe sj utk abg tp ni yg abg blas...

bf : maafkn abg (smbil brlalu prgi)...

stlh kjdian itu bf xprnah mghubungin gf lg... gf rse bgitu mnyesal...

stlh bbrp bln~~~~~

gf : (mmbuka msg yg bru dtrimanya) "syg, esk abg akn bw rmbongan mminang".. (gf trkjut lalu menangis tresak2 & rse xprcaya dgn msg yg bru dtrimanya lalu dia pon trus menelefon bfnya)

bf : "syg, dlu abg tggalkn syg sbb syg nk ttup aurat sbb abg... abg xnak syg brdosa sbb tu abg tggalkn syg... tp lpas abg tggalkn syg, syg ttap pkai tudg & ttup aurat kan... itu sume sbb syg sndiri yg brniat nk ttup aurat & bkn sbb abg... slme ni abg slalu prhatikan syg, abg tggu ms yg ssuai utk abg jdkan syg prmaisuri abg"... "
i ♥ u
syg, syg sudi x kwen ngan abg?"

gf : (smbil menangis)... syg sudi abg... trime ksih abg sbb sudi trime syg..

.
.


‎8 SEBAB KENAPA PEREMPUAN LEBIH BAIK BERTUDUNG...


1) Tuntutan agama
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?*Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari?.

3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM ♥





Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )



Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)



.

KATA LELAKI – WANITA ITU LEMAH





Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

Besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita
Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan
kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan
bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah
sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di
subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata
sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...

di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di
dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai
di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan
anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang
berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di
jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap
lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan
membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan
laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai
layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar
mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti
tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita
sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera
dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin
menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera
bangkit
Meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita mengikut adab
tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga
anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus
dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan....
.
.

♥ CINTA IBARAT MENUNGGU BAS... ♥





Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, awak tengok bas itu dan awak kata pada diri awak,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Awak tengo
k bas itu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk itu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini awak kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yang lain.”

Dan sekali lagi awak biarkan bas itu berlalu dan awak bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yang awak sudah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang awak hendak.

Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah awak dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang awak idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tidak sesuai dengan awak, apa yang perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.

.

.