Saturday, 22 October 2011

3 GOLONGAN MANUSIA


‎3 GOLONGAN MANUSIA !

Hidup di dunia ini ibarat orang berlayar di lautan luas. Mereka menumpang sebuah kapal menuju daratan yang jauh di sana. Setelah berhari-hari di laut, sedangkan daratan yang dituju itu belum juga kelihatan,

Pada suatu hari kapal itu singgah pada satu pulau. Adapun orang yang turun ke pulau ini terbahagi kepada tiga golongan.



Yang pertama, mereka tahu dan sedar bahawa mereka dalam perjalanan. Setelah melihat-lihat sebentar, lantas mereka kembali ke kapal. Mereka ingat bahawa bukan pulau inilah yang menjadi tujuan.


Golongan kedua, mereka terpengaruh oleh keindahan pulau. Pohon kelapa di pulau itu melambai-lambai ditiup angin, airnya jernih, ikannya jinak. Mereka terpegun dan terlena, tetapi kemudian mereka ingat bahawa mereka dalam perjalanan. Maka mereka kembali ke kapal, tetapi kerana terlambat, tempat untuk penumpang telah pun penuh.

Adapun golongan ketiga inilah golongan yang malang. Mereka sibuk mengumpul harta yang banyak terdapat di pulau itu dan apabila dibunyikan semboyan kapal yang pertama tidak mereka pedulikan, dibunyikan sekali lagi, tidak juga dipedulikan, dan berbunyi untuk kali yang ketiga, kapal pun berangkat pergi. Setelah jauh mereka memanggil kapal itu tetapi kapal itu tidak kembali lagi . Mereka inilah orang yang benar-benar malang.

Tidak hairanlah mengapa kita disunatkan keluar dari Masjid mahupun rumah dengan langkah kiri kerana itulah perumpamaan antara kehidupan manusia, dunia dan akhirat. Dunia bagi orang-orang beriman ibarat tandas. Hanya sekadar keperluan. Tiada orang yang akan tidur di tandas, masak di tandas dan makan di tandas.

Kebanyakan manusia lupa akan tujuan, lupa bahawa mereka dalam perjalanan dan hidup di dunia tidak akan lama, mereka lupa bahawa kematian semakin hari semakin dekat.

~Renungan~


No comments:

Post a Comment